Archives for cemas

Pengenalan Alat Pemadam Api (Cegah Kebakaran)

healthcare fire extinguisher protocolAlat pemadam api adalah salah satu media pemadaman untuk melawan kebakaran. Dalam menjalankan kerja pemadaman kebakaran, alat pemadam api berperanan sebagai “alat bantu mula” iaitu digunakan untuk memadam kebakaran diperingkat awal.

Dalam JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA atau JPAM, alat ini amat mustahak diketahui dan dipelajari oleh setiap anggota bomba / JPAM / pekerja bagi tujuan memberi tunjuk ajar yang lebih berkesan kepada orang awam tentang cara-cara penggunaanya.

Alat ini diletakkan ditempat yang sesuai dan sentiasa didalam keadaan baik, Penggunaannya hendaklah sesuai dengan jenis kebakaran,Keadaan api semasa kecil, Digunakan oleh seseorang yang bersedia sanggup melakukan dan berkebolehan.

Kaedah Penggunaan Pemadam Api Mudah Alih :-

  1. P- PULL (CABUT)
    Cabut pin untuk melepaskan tuil.
  2. A- AIM (HALA)
    Hala nozel atau hos ke dasar api.
  3. S- SQUEEZE (TEKAN)
    Tekan tuil di atas pemegang untuk
    bahan pemadam. Untuk menghentikan
    bahan dari keluar, lepaskan tuil.
  4. S- SWEEP (SAPU)
    Gerakan nozel atau hos kekiri kanan.
    Bergerak ke arah api dengan cermat.