Archives for Bekal

3 benda kita harus berwaspada

download

1. Berhati-hati dengan Rokok

Tidak membuang puntung rokok merata-rata. Pastikan bara rokok telah padam sepenuhnya sebelum dibuang. Rokok adalah antara punca kebakaran kecil yang akan bertukar kepada kebakaran besar, sebaiknya jangan merokok agar tidak rugi. Yang paling penting! jangan merokok di tempat tidur, dibimbangi anda akan tidur terus.

2. Berhati-hati dengan pengganti pencahayaan.

Ketika putus bekalan elektrik atau kawasan tiada lampu. Bahan seperti lilin dan lampu minyak tanah akan menggantikan lampu. jadi, ingat! jangan sesekali lalai akan bahan-bahan tersebut, sebagai contoh tidak letak di tempat sembarangan yang apabila jatuh akan menyebabkan kebakaran kecil. Selain itu, penggunaan ubat nyamuk yang di bakar juga perlu diambil berat.

3. Waspada Anak-Anak kita

Budak-budak kini kebanyakkan hyperactive. Jadi, jauhkan benda-benda yang boleh mencetus kebakaran. sebagai contoh lighter, mancis dan kalau ada bahan letupan, sila simpan di tempat yang selamat dari anak anda. Jika anak anda ingin bermain bunga api, diminta! supaya anda ada sekali bersama anak anda. Anak-anak sangat berpotensi untuk mencetus kebakaran kecil kerana mereka tidak tahu baik dan keburukan.