Alat Pemadam Api

eversafe_extinguisher

ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH

Alat Pemadam Api amat penting bagi membolehkan penghuni sesuatu bangunan untuk memadam kebakaran pada peringkat awal. Dengan mengunakan alat pemadam api sebagai Tindakan awal akan dapat mengawal kebakaran daripada merebak menjadi kebakaran besar yang boleh meragut nyawa dan kerugian harta. Alat pemadam api berperanan sebagai “alat bantu mula”, alat ini amat mustahak diketahui dan dipelajari oleh setiap manusia bagi tujuan tahu tentang cara-cara penggunaanya dan sebagai alat untuk menyelamatkan diri.

Jenis-jenis Alat Pemadam Api :
  • Alat pemadam api jenis debu kering (Dry Powder)
    1. Debu Kering 9 KG
    2. Debu Kering 1 KG
    3. Debu Kering 2 KG
    4. Debu Kering 50 KG
  • Alat pemadam api jenis karbon dioksida (CO2)
    1. Karbon Dioksida 2KG
    2. Karbon Dioksida 5 KG
  • Alat pemadam api jenis buih
  • Alat pemadam api jenis air
Jenis-jenis api dan alat pemadam api yang sesuai :
KELAS API JENIS KEBAKARAN ALAT PEMADAM API
A PEPEJAL Kayu, kertas, kain, sampah, getah dan sebagainya Debu kering, air, dan karbon dioksida.
B CECAIR Minyak, cat, varnish, dan lain-lain. Debu kering, karbon dioksida dan Buih.
C GAS Gas butane, propane, ammonia dan sebagainya Debu kering dan karbon dioksida.
D LOGAM Potassium, kalsium, magnesium dan lain-lain. Debu kering dan karbon dioksida
 Cara mengunakan alat pemadam api :
  1. Pilih jenis alat pemadam api yang sesuai.
  2. Ikut arah angin semasa menggunakannya
  3. Praktikkan penggunaan kaedah PASS
    1. PULL = cabut pin keselamatan.
    2. AIM = arahkan nozel ke arah api mengikut arah angin.
    3. SQUEEZE = tekan pemegang alat pemadam api.
    4. SWEEP = layang nozel ke kiri dan ke kanan.

Comments are closed.