5 PERKARA ANDA PERLU TAHU MENGENAI ALAT PEMADAM API UNTUK KENDERAAN

apar di jok depan

  •  1. Jangan panik

Selalunya, tarik tag plastik, tarik pin keselamatan besi dan halakan muncung ke punca api sebelum picu ditekan. Panik berlaku bila anda kurang informasi !

  • 2. Saiz paling sesuai untuk kereta ialah tin 1 kg

Saiz 1 kg akan mempunyai masa penggunaan atau discharge time selama enam saat.

  • 3. Tempat letak Alat Pemadam Api paling sesuai di bawah tempat duduk penumpang hadapan

Ini ialah kerana ia mudah dicapai ketika dalam kecemasan. Jika anda letak di but, anda perlu keluar untuk ambil.

  •  4. Alat Pemadam Api jenis aerosol tidak tahan lama

Paling sukar, ia tidak ada meter tekanan dan kita tidak tahu samada ia berfungsi atau tidak.

  • 5. Selepas dipakai, jangan buang !

Untuk APA 1 kg ke atas, selepas digunakan, ia boleh dihantar untuk servis dan isian semula.

Comments are closed.